PENGERUSI: USTAZ HJ. MINHAT BIN HASHIM
NAIB PENGERUSI: EN. MOHD FIRDHAUS BIN MINHAT
SETIAUSAHA: EN. MOHD NASHRUL BIN MOHD HASAN
NAIB SETIAUSAHA: EN. MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH
BENDAHARI: USTAZ HJ. MOHAMMAD HADI BIN MINHAT
AHLI JAWATANKUASA: PN. SITI KHURSIAH BINTI ABU BAKAR
PN. SITI ANNISA BINTI AMRAN
PN. WAHIDAH BINTI ISMAIL
PEMERIKSA KIRA-KIRA: EN. MOHD HANIF BIN HASAN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL MUHIBBIN
Wednesday, 23 February 2011
DANA/SUMBANGAN
Sesiapa yang berminat untuk memberi dana/sumbangan boleh memasukkan dana tersebut ke dalam akaun CIMB BANK atas nama: Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka Tengah, Melaka.
(No.Akaun :0407-0000159-10-9)
jika ada sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi ustaz hj. minhat : 013-3217199
jika ada sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi ustaz hj. minhat : 013-3217199
HARAPAN
Adalah menjadi harapan pihak (Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin) untuk menjadi salah satu pertubuhan kebajikan dalam mencanting kanvas kehidupan masyarakat yang terbiar agar nasib mereka terus terbela dalam meneruskan liku kehidupan yang kian mencabar ini. Oleh itu, dalam menggapai impian ini, Kami mengalu-alukan bantuan material dan tenaga daripada semua pihak dalam menjayakan usaha murni ini.
TUJUAN PENUBUHAN PERTUBUHAN
1) Menjalankan keja dan aktiviti perkhidmatan amal untuk manfaat masyarakat pada umumnya.
2) Mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan ahli.
3) Memberi bantuan kepada yang memerlukan seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal,
saudara baru, miskin dan kurang upaya.
4) Bercadang untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pembangunan
Pertubuhan untuk jangka masa pendek dan jangka masa yang akan datang.
2) Mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan ahli.
3) Memberi bantuan kepada yang memerlukan seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal,
saudara baru, miskin dan kurang upaya.
4) Bercadang untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pembangunan
Pertubuhan untuk jangka masa pendek dan jangka masa yang akan datang.
PENGENALAN PERTUBUHAN
Assalamualaikum.., kepada muslimin dan muslimat, sedang asyik kita bersuka ria dalam kepompong pemodenan pembangunan, sedar ataupun tidak kita sentiasa alpa dan leka terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin dan anak yatim. Kehidupan golongan ini seperti ''retak menanti belah''dek kerana nasib mereka terus terpinggirkan jauh daripada merasai kenikmatan hidup yang mewah lantas hanyut dalam ledakan permodenan dunia. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab sosial dan tuntutan islamlah, kami bina persada ampuh iaitu PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-MUHIBBIN sebagai platform yang terbaik dalam membantu golongan yang tidak terbela ini. ''AL-Muhibbin'' membawa maksud kasih sayang ini diharapkan menjadi wadah dalam membina jalinan kasih sayang, tali persaudaraan dan silatuttahim antara ahli pertubuhan dengan masyarakat yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)