Wednesday, 23 February 2011

PENGENALAN PERTUBUHAN

Assalamualaikum.., kepada muslimin dan muslimat, sedang asyik kita bersuka ria dalam kepompong pemodenan pembangunan, sedar  ataupun tidak kita sentiasa alpa dan leka terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin dan anak yatim.  Kehidupan golongan ini seperti ''retak menanti belah''dek kerana nasib mereka terus terpinggirkan jauh daripada merasai kenikmatan hidup yang mewah lantas hanyut dalam ledakan permodenan dunia.  Oleh itu, atas rasa tanggungjawab sosial dan tuntutan islamlah, kami bina persada ampuh iaitu PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-MUHIBBIN sebagai platform yang terbaik dalam membantu golongan yang tidak terbela ini.  ''AL-Muhibbin'' membawa maksud kasih sayang ini diharapkan menjadi wadah dalam membina jalinan kasih sayang,  tali persaudaraan dan silatuttahim antara ahli pertubuhan dengan masyarakat yang berkekalan hingga ke akhir hayat.  

No comments:

Post a Comment