Wednesday, 23 February 2011

JAWATANKUASA PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-MUHIBBIN

PENGERUSI: USTAZ HJ.  MINHAT BIN HASHIM


NAIB PENGERUSI: EN. MOHD FIRDHAUS BIN MINHAT


SETIAUSAHA: EN. MOHD NASHRUL BIN MOHD HASAN


NAIB SETIAUSAHA: EN. MOHD HAIRIE BIN ABDULLAH


BENDAHARI: USTAZ HJ. MOHAMMAD HADI BIN MINHAT


AHLI JAWATANKUASA: PN. SITI KHURSIAH BINTI ABU BAKAR
                                            PN. SITI ANNISA BINTI AMRAN
                                            PN. WAHIDAH BINTI ISMAIL


PEMERIKSA KIRA-KIRA: EN.  MOHD HANIF BIN HASAN

DANA/SUMBANGAN

Sesiapa yang berminat untuk memberi dana/sumbangan boleh memasukkan dana tersebut ke dalam akaun CIMB BANK  atas nama: Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka Tengah, Melaka.
(No.Akaun :0407-0000159-10-9)


jika ada sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi ustaz hj.  minhat : 013-3217199

HARAPAN

Adalah menjadi harapan pihak (Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin) untuk menjadi salah satu pertubuhan kebajikan dalam mencanting kanvas kehidupan masyarakat yang terbiar agar nasib mereka terus terbela dalam meneruskan liku kehidupan yang kian mencabar ini.  Oleh itu, dalam menggapai impian ini, Kami mengalu-alukan bantuan material dan tenaga daripada semua pihak dalam menjayakan usaha murni ini. 

ALAMAT PERTUBUHAN

Pertubuhan ini berpusat di 4246-C KAMPUNG PAYA IKAN, BUKIT BARU, 75150 MELAKA 

TUJUAN PENUBUHAN PERTUBUHAN

1) Menjalankan keja dan aktiviti perkhidmatan amal untuk manfaat masyarakat pada umumnya.
2) Mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan ahli.
3) Memberi bantuan kepada yang memerlukan seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal,   
    saudara baru, miskin dan kurang upaya.
4) Bercadang untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pembangunan
    Pertubuhan untuk jangka masa pendek dan jangka masa yang akan datang.

PENGENALAN PERTUBUHAN

Assalamualaikum.., kepada muslimin dan muslimat, sedang asyik kita bersuka ria dalam kepompong pemodenan pembangunan, sedar  ataupun tidak kita sentiasa alpa dan leka terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin dan anak yatim.  Kehidupan golongan ini seperti ''retak menanti belah''dek kerana nasib mereka terus terpinggirkan jauh daripada merasai kenikmatan hidup yang mewah lantas hanyut dalam ledakan permodenan dunia.  Oleh itu, atas rasa tanggungjawab sosial dan tuntutan islamlah, kami bina persada ampuh iaitu PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-MUHIBBIN sebagai platform yang terbaik dalam membantu golongan yang tidak terbela ini.  ''AL-Muhibbin'' membawa maksud kasih sayang ini diharapkan menjadi wadah dalam membina jalinan kasih sayang,  tali persaudaraan dan silatuttahim antara ahli pertubuhan dengan masyarakat yang berkekalan hingga ke akhir hayat.